Lapangan Terbang Frankfurt
Lapangan Terbang Frankfurt

Lapangan Terbang Frankfurt

Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt (IATA: FRAICAO: EDDF), atau dalam Bahasa Jerman sebagai Rhein-Main-Flughafen, Flughafen Frankfurt am Main or Frankfurt Airport, terletak berhampiran dengan Frankfurt am Main, Jerman. Ia merupakan Lapangan Terbang yang terbesar di Jerman dan antara merupakan hab terpenting bagi penerbangan antarabangsa di seluruh dunia. Ia diurus tadbir oleh Fraport AG. Dari tahun 1947 sehingga tahun 2005, terdapat Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di bahagian selatannya. Lufthansa, syarikat penerbangan kebangsaan Jerman menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt sebagai hab utamanya. Namun begitu Lufthansa terpaksa membahagikan penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt dan Lapangan Terbang Antarabangsa Franz Josef Strauß Munich kerana keupayaan Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt telah mencapai tahap maksimum.Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt menyediakan perkhidmatan destinasi penerbangan melebihi Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow London, dimana 265 adalah penerbangan tanpa henti. Tetapi dari segi trafik penumpang, Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt berada dikedudukan ketiga di belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London dan Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle,Paris. Walau bagaimanapun terdapat rancangan untuk memperbesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt dengan pembinaan Landasan ke-4 dan Terminal 3. Pengubahsuaian ke atas Terminal dan landasan, termasuk pembinaan sebuah hangar baru, bagi membolehkan Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt menyediakan perkhidmatan kepada kapal terbang Airbus A-380 telah dijalankan.Pembinaan Landasan keempat dan Terminal 3 telah mengalami kelewatan kerana terdapat isu alam sekitar yang timbul. Namun begitu pihak Fraport AG optimis pembinaan landasan ke-4 dan Terminal 3 akan siap menjelang tahun 2010 bagi meningkatkan kapasiti Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt daripada 56 juta penumpang setahun kepada 81 juta penumpang setahun.

Lapangan Terbang Frankfurt

Koordinat 50°2′4″N 8°34′17″E / 50.03444°N 8.57139°E / 50.03444; 8.57139Koordinat: 50°2′4″N 8°34′17″E / 50.03444°N 8.57139°E / 50.03444; 8.57139
Pemilik/Pengendali Fraport
Destinasi Frankfurt am Main
Jenis lapangan terbang Awam
Lokasi Flughafen (Frankfurt am Main)
Laman sesawang http://www.frankfurt-airport.com
Ketinggian AMSL 328 kaki / 100 m
ArahPanjangPermukaanmft
ArahPanjangPermukaan
mft
07L/25R4,00013,123Asphalt
07R/25L4,00013,123Konkrit
1814,00013,123Konkrit